Friday 23 December 2011

tiada seistimewa kamu

hari yang biasa, pagi yang biasa, matahari muncul secara normal seolah-olah menunjukkan hari itu tiada bezanya dengan hari-hari yang lain. tiada ucapan mahupun kejutan sejurus jasad meninggalkan katil. tiada yang pelik sebenarnya kerana normal bagiku sejak 18 tahun yang lalu.hampir dua dekad ku bernafas dimuka bumi ini tanpa sambutan mahupun kejutan. aku sudah lali dengan perkara ini. jangan disangka aku sedih dengan keadaan ini, tidak sama sekali. aku sememangna dibesarkan dengan cara ini, cara yang profil rendah bak kata mat saleh. dan aku tidak memahami mengapa segelintir terlalu bebas dengan meraikan dengan kencing syaitan, mashaAllah. bagiku cukuplah sekadar doa dan ingatan oleh yang tersayang walaupun melalui maya dengan adanya muka buku, burung biru dan sebagainya. terima kasih juga kepada mereka yang mengingati tarikh aku mula-mula melihat dunia, tapi aku yakin mereka mengingatinya dengan bantuan kalendar muka buku. terima kasih muka buku. jadi, langsung tiada apa-apa pada hari tersebut? selain daripada dinding muka buku yang penuh? hambar bukan? tapi, semestinya ada yang membuatkan hari tersebut menjadi lebih istimewa, sekurang-kurangnya boleh membuatku tersenyum dan menjadi lebih comel kbai.

nak tengok full entri? klik sini
maka, tersenyum lebarlah aku seketika tatkala melihat ini dihari tersebut. siapa lagi yang rela buat entri persis ini jika bukan dia kan? thank you very much sayang for this special dedication. can't wait to meet you soon my princess and thanks for all your doa all this while :')


adamaya___

LIKE LA!:P

Tuesday 20 December 2011

antara burung biru dan intipati

melihat gelagat pelbagai rupa dan perangai,
mencontohi sesuatu yang baik dan belajar daripada sesuatu yang kadang-kala oleh merosakkan peratusan kecil akal yang dimiliki,
tidak mudah untuk dinilai tetapi tidak sukar untuk memilih,
memilih mereka yang mungkin akan membuat saat-saat kehidupan lebih bahagia, 
lebih menarik, 
lebih seronok, 
dan lebih luas minda dibuka.

mungkin satu-satu masa, 
ada yang tidak senang,
tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh mereka yang merasai,
melalui dan menghadapi hampir setiap saat,
mereka sesungguhnya tidak memahami,
suatu perasaan yang sangat nikmat,
menghabiskan masa tidak untuk perkara yang sia, 
tetapi menghubungkan sesuatu hubungan yang mungkin tidak pernah terfikir akan terikat sebegitu utuh,
dunia... dan akhirat hendaknya


adamaya___
LIKE LA!:P

Monday 19 December 2011

sinetronkah hidup?

percaya atau tidak, hidup serupa sinetron yang mewujudkan watak-watak yang sangat memberi impak mantap kepada penonton sangat hampir dengan dunia sebenar. percaya atau tidak (sekali lagi), hidupku juga persis sebuah sinetron dimana aku berperanan memainkan watak yang jahat dan keji dan dicemuh apatah lagi dikutuk para penonton yang budiman kononnya. watak seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang mempunyai pelbagai rancangan dan agenda yang sangat kejam untuk dilakukan terhadap mereka-mereka yang dikatakan sebagai mangsa keadaan kononnya (sekali lagi). jika difikirkan secara logik akal, hampir seratus peratus penonton sinteron tersebut akan memilih dan memihak kepada watak si baik, lurus dan bendul itu. maka kecohlah jika seseorang itu memihak kepada watak si jahil jahat dan kejam. tidak pernahkan difikirkan mengapa situasi ini sering berlaku? jika diputarkan semula plot-plot sinetron-sinetron itu, perasankah bahawa, si watak jahat memulakan ancaman-ancaman tersebut sejurus watak si baik budi pekerti memainkan scene mereka. sebelum si watak malaikat itu memunculkan diri mereka, sepertinya watak shaiton sebenarnya hanya manusia normal yang tidak mempunyai niat-niat kejam di hati dan kepala lutut mereka. namun, (!) setelah si watak baik menggelusur masuk ke sinetron sambil menari-nari seperti di dalam video klip OST Nada Cinta, semua keadaan menjadi porak peranda setelah cowok-cowok ganteng menyedari bahawa kecantikan dan keperibadian si watak baik adalah lebih mulia daripada cewek yang dia telah miliki. menyedari hakikat itu, cewek yang sebenarnya sudah memiliki cowok ganteng itu sepertinya tersentap dengan keadaan itu yang telah mengubah norma kehidupan pasangannya itu.




'waduh brengset kamu ya!'





 ini lah antara dialog-dialog yang selalu diungkapkan oleh si perempuan itu. lantas, segala hormon-hormon kejahatan tiba-tiba meningkat dengan tinggi parasnya. dan disinilah bermula plot-plot sinetron yang sebenar. jika dilihat dari sudut yang lain, adakah si watak jahat ini benar-benar jahat sejak azali? tidak bukan. mereka hanya tersentap daripada perubahan yang berlaku disekelilingnya. dan jika dilihat lebih dalam, mereka iaitu si watak jahat kejam keji ini lah yang menjadi mangsa keadaan tersebut. jika tidak wujud watak yang baik, mereka tidak akan berubah menjadi shaiton yang menjadikan keadaan lebih teruk seperti ditimpa tsunami. dan justeru, para penonton tidak sama sekali memihak kepada si watak dajal kerana mereka kononnya telah membuat para penonton kecewa dengan sikap mereka di dalam sinetron itu. jadi dimana keadilannya?

mari kita kaitkan keadaan ini dengan dunia realiti sebenar. mereka yang melakukan kezaliman bukanlah bermaksud mereka memang zalim sejak azali. seperti kata-kata yang dipetik oleh mat salih yang sudah ditukar kepada bahasa rasmi Malaysia iaitu, janganlah menghakimi sesuatu daripada kulit mereka. kita sepatotnya perlu mengkaji juga isi-isi mereka supaya lebih memahami apa yang terpahat dan terbuku dihati mereka. kezaliman dan kejahatan sememangnya perlu dielakkan sekeras-kerasnya tetapi disebalik perlakuan itu, haruslah ada sebabnya bukan? tidak perlu menuduh dan mengutuk malah mereka perlukan bimbingan dan perhatian yang lebih daripada yang tersayang. jahat tidak perlu dibalas dengan kejahatan tetapi inshaAllah kebaikan boleh menutup kejahatan

wallahualam


adamaya___
LIKE LA!:P

Thursday 11 August 2011

Akubosan

Suatu perasaan yang memerlukan sangat diperlukan apabila kita memerlukannya.
Sesaat dihargai ibarat kepuasannya ibarat gadis berdiri dihadapan tanpa seurat benang.
Perasaan ini mendidik, mengajar diri untuk terus dimanjakan tatkala diri memang sudah terpancar kemanjaannya.
Malu? Tidak!
Malu tidak untung, malu tiada kelebihannya.
Kenapa perlu malu jika ada yang masih menguntungkan.

Suatu saat kita mungkin berfikir, teringat, tersentap dari keseronokan, akan mereka yang menjadi tulang belakang, sehingga sekarang.
Siapa mereka? Apa gerangan mereka?
Pentingkah atau tidak? Perlukah dihargai? Wahai manusia berakal cetek, mereka juga punya perasaan. Perasaan untuk dihargai, bukan meminta, tapi mengharap sedikit penghargaan daripada mereka yang telah dicurahkan segala keringat demi perhubungan.


Adamaya__
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneLIKE LA!:P

Wednesday 10 August 2011

AL ADALAH-KEADILAN

Meletakkan sesuatu atau melakukan sesuatu sesuai dengan tempatnya atau sesuai dengan kebenarannya.

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.


Adamaya__
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneLIKE LA!:P
Satu perasaan dijiwa yang mengcengkam,
Seolah-olah hidup di dunia yang tiada
Hubungan luar,
Terbongkok di haluan sendiri,
Seperti bodoh memilih haluan ini,
Yang memakan diri sendiri.


Apakah pasti,
Perjalanan masih jauh untuk diharungi,
Pelbagai cabaran,
Adakah diri mampu untuk melakukan?
Menepis semua yang akan mendatang?
Aku cuba



Adamaya___
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneLIKE LA!:P

Monday 8 August 2011

kusangka panas hingga ke petang

Teruk bila merasakan derita yang masih belum pulang 
ke tempat asal,
gembira masih tidak jelas kelihatan.
Yang diharap tidak dapat,
yang dibenci masih menghimpit.
Segala senyuman yang dilakar dibibir,
hanya seketika,
dan tangisan hingusan dalam diri,
kembali menjajah hati.

Apakah sukar untuk diungkapkan?
Duduk seketika,
dimanakah kesopanan diri,
tidak perlu menggelabah atau,
sengaja memporakperandakan keamanan
yang baru sahaja dicapai.

Aduhai, perkara busuk kembali lagi,
membusukkan kembali wangian yang baru
dinikmati harumnya.
Maka, terkapai-kapailah kembali,
mangsa tohmahan,
yang sudah biasa menjadi
santapan manusia seolah-olah,
hamba itu tidak punya perasaan,
seperti mana perasaan yang dirasai
oleh pemangsa itu.

Apa yang pasti,
yang bodoh tetap bodoh,
dan yang kononnya benar,
terus dijulang!




if there is something that i need to know, just let me know
if there is something that i need to do, just tell me how
silent won't make things better unless wanted to get worst




adamaya___
LIKE LA!:P

Tuesday 2 August 2011

so this is what I told them in the class,

UCAPAN OLEH
FAITZ AQIRA BIN NORDIN
BERTAJUK, ‘REALITI HIDUP DI ALAM REMAJA’
DI BILIK B 1-2, UITM KUALA TERENGGANU
PADA 2 OGOS 2011
JAM 5 PETANG

                Yang saya hormati, jurulatih kursus Pengucapan Awam, Puan Aniza Binti Mohamed dan rakan-rakan siswa siswi sekalian. Assalamualaikum dan salam ramadhan. Bersyukur ke hadrat dan limpah kurnia-Nya kerana pada petang ini kita mampu untuk melaksanakan tugas pertama untuk kursus ini. Kita berharap agar terus diberkati terutama di bulan yang mulia ini, insyaAllah.
Hadirin sekalian,
                Adakah anda semua masih berada di alam remaja?  Seperti yang kita sudah maklum, setiap daripada kita pada hari ini pastinya mempunyai topik yang menarik untuk disampaikan. Seperti juga saya, pada hari ini, saya akan membincangkan dan mengupas tentang  ‘Realiti Hidup Di Alam Remaja’.  Apa yang diharapkan , topik ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran atau panduan  pada masa ini atau seterusnya.
Hadirin sekalian,
                Saya yakin dan percaya, kalian semua pernah merasai alam remaja, dan  ada juga yang masih di peringkat itu. 8 per 10 akan menjawab fasa yang paling seronok dilalui adalah di ketika fasa remaja. Mengapa? Kerana di ketika inilah mereka  akan melihat dunia luar. Pelbagai perkara yang mereka rasakan baru dalam hidup mereka setelah berbelas tahun hidup di bawah ketiak ibu masing-masing. Tiada undang-undang yang dapat menghalang mereka daripada melakukan sesuatu, bebas tanpa kawalan, seronok, dan itulah yang dicari selama mereka hidup di dunia yang fana ini. Merasakan diri sebegitu hebat sedangkan mereka tidak sedar, jasad dan akal mereka masih mentah, tidak dapat memilih mana yang betul dan palsu dan segalanya berkemungkinan untuk musnah sekelip mata jika haluan yang dipilih adalah laluan yang tidak dipilih manusia normal.
Hadirin sekalian,
                Cabaran hidup bermula seawal kita menarik nafas pertama. Tangisan dan teriakan ketika dilahirkan seolah-olah memberitahu mereka disekeliling bahawa kita tidak mampu ke dunia ini. Tetapi sebagai khalifah Allah s.w.t, kita harus meneruskan hidup ini demi menegakkan agama. Namun, adakah kita mencari khalifah yang mabuk setiap malam meneguk kencing syaitan? Berpeleseran tidak mengira keadaan? Atau khalifah yang sanggup membunuh mereka yang melahirkan kita demi sezahrah musuh Negara? Kita akan menarik nafas panjang, mengeluh tetapi inilah realiti yang berlaku disekeliling kita. Terkejut bukan? Apabila dihitung kembali segala kejahatan yang berlaku, kita akan berfikir dan bertanya, dimana perginya remaja yang baik-baik? Remaja yang berkualiti yang bakal menyambung semua empayar pada masa akan datang? Adakah mereka hanya akan meleburkan segala konkrit yang telah dibina? Hancur ranap lah hidup kita jika perkara ini betul-betul terjadi dan persoalan ini masih tergantung, tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak.
Hadirin sekalian,
                Adalah tidak adil, jika sesuatu perkara yang tidak enak berlaku, kita terus membabi-buta menyalahkan sesetengah pihak. Sebagai contoh, tidak perlulah kita terus menunding jari kepada ibu bapa mereka kononnya mereka tidak tahu mendidik anak, tiada masa kerana sibuk mencari harta duniawi dan sebagainya. Sebenarnya kita tidak tahu apakah punca sebenar remaja iaitu anak mereka berkelakuan sedemikian. Jadi adalah lebih baik jika kita membawa perkara ni ketengah dan berbincang daripada terus menyalahkan mereka. Masalah tidak selesai, dosa pula yang ditanggung. Seperti yang kita sedia maklum, remaja ini mempunyai jiwa yang memberontak. Pantang ditegur, beribu alasan yang diberikan. Silap ditegur, nyawa melayang. Itu adalah perkara normal dewasa ini. Jadi, dimanakah punca sebenar mereka berkelakuan begini? Adakah rakan-rakan yang menjahanamkan mereka? Atau sebenarnya dia yang menjahanamkan rakan-rakannya? Segalanya berkemungkinan. Saling merosakkan antara satu sama lain. Mungkin ini kelakar, dan inilah realitinya.
Hadirin sekalian,
                Sanggupkah kita pada suatu hari nanti berada dibawah tampuk pemerintahan mereka? Maka berlakulah korupsi yang tiada kesudahan, dan seolah-olah kita membuka ruang yang luas dan selesa kepada musuh untuk masuk dan menambah huru-hara? Relakah kita mengulang sejarah? Mengulang segala kepayahan yang dirasai oleh pejuang-pejuang beratus tahun dahulu? Mungkin difikiran mereka, ini semua kerja orang tua, tugas mereka? Berseronok selama mana mereka mampu. Mindset sebeginilah yang perlu diubah dalam diri mereka. Matlamat perlu dicapai dan dilaksanakan oleh semua pihak, bukan mereka yang berjawatan besar sahaja. Susah untuk melihat bakal pemimpin ketika ini, apa yang nampak, hanyalah bakal-bakal perompak besar, bakal-bakal pembunuh dan yang negatif-negatif sahaja. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah bangsa sendiri, namun jika perkara ini tiada kesudahan, satu dunia pun turut memandang hina.
Hadirin sekalian,
                Justeru, kita sebagai siswa yang mempunyai masa depan yang cerah, tidak perlulah sedikit pun terlibat dengan perkara yang tidak baik. Saya pasti, kalian semua sudah tahu untuk menjaga diri masing-masing kerana kalian merupakan orang yang terpilih daripada puluhan ribu yang berada diluar sana. Ambillah segala pengajaran daripada apa yang kita lalui hingga sekarang. Ada pun kita pernah terpijak di dunia yang tidak betul, maka ambillah itu sebagai pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Apa yang penting, diri perlu kuat secara rohaniah dan lahiriah untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang. Ternyata fasa remaja bukanlah satu fasa yang mudah untuk diharungi, jika rosak kita pada masa ini, susahlah untuk kehadapan.
                Diharap kalian dapat mengambil sedikit sebanyak input yang disampaikan tadi. Ada pun kekhilafan saya semasa berucap, dan ada yang terasa hari, harap dimaafkan. Diri ini bukanlah terlalu perfect untuk mengkritik mana-mana pihak namun jika kita mempersoalkan perkara ini, kita akan nampak dan berfikir sedalamnya kerana perkara ini berlaku disekeliling kita. Sekian sahaja tugasan saya untuk kali ini.
                Sekian, terima kasih.
LIKE LA!:P

Sunday 31 July 2011

disaat mereka kembali tenang, aku tumpang sama


Bukan semua perkara boleh dikongsi sesuka hati, secara terbuka.
Jarak berjuta batu sekalipun, deria boleh merasai saat kemanisan,
kebahagiaan dan kepuasan itu.
Doa diiring, mengaminkan yang baik-baik sahaja,
berkekalan sampai bila-bila,
seperti dahulu, mahupun lebih baik moganya.

Siapa sangka, berkat Ramadhan yang dirai,
menjadi titik putih yang akan menerangi kembali,
kegelapan yang telah terjadi.

salam ramadhan al-mubarak


adamaya__
LIKE LA!:P

Saturday 30 July 2011

palsu

Sungguh mudah menzahirkan hipokrit dalam diri berbanding
kejujuran yang nyata dalam mengejar kepuasan berganda.
Hadirnya titik hitam yang akhirnya menghitamkan seluruh jasad seterusnya 
menggelapkan setiap pelosok kebahagiaan sejati
dan mengundang tragedi negatif, dimana setiap orang
cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat namun,
segalanya tidak mustahil di dunia fana ini.



Mustahilkah tidak, syaitan durjana bertopengkan imam muda 
berusaha sedaya upaya mengekalkan kredibiliti
dan kepentingan, menepis segala duri yang tajam di jalan yang
dilalui.
Kejayaan mengawal sesuatu keadaan dengan 
langkah membutakan mata akal dan mata hati
mangsa-mangsa keadaan dengan mudah 
adalah satu kepuasan yang tak terhingga hebatnya.
Maka tidak hairanlah dengan mudahnya
mereka hidup dengan gah, dikelilingi askar-askar
terlatih, dimana pada awalnya adalah mangsa-mangsanya.

ikhlaskanlah hati dalam persahabatan

adamaya__



LIKE LA!:P

Thursday 28 July 2011

hati orang berduka, hatiku turut sama


Susah untuk memuaskan hati semua, menenangkan keadaan, memberi
kata puitis yang dianggap motivasi kepada mereka,
cuba menipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain,
walaupun sekejap, demi perhubungan yang berpanjangan
dan berkekalan.
Tidak salah berusaha, mencuba, menghabiskan segala keringat,
berfikir hingga ke dasar otak, semata-mata untuk mengorek
satu petua kebahagiaan abadi.


Segala idea dan taktik yang diasah, adakah untuk menjatuhkan pihak disana?
Bukan! Tidak sama sekali, namun untuk memberi keuntungan 
kepada dua-dua pihak,menyediakan kebahagiaan
akhirnya.
 
 
Lain orang, lain akal, lain fikiran, berbeza pendapatnya,
dan tidak semua memikirkan apa yang ada di kepala kita sendiri,
apakah rasionalnya.
Susah dan sukar untuk diperjelas, maka timbullah syak wasangka,
pemikiran negatif,
dan peperangan bermula.


Persepsi yang buruk akan terus dipandang buruk,
dihina, dikeji seperti anjing hodoh kencing berdiri.
Dimana keadilannya? 
Adakah yang menghina merasai diri sudah begitu perfect sekali?
Sehingga menjaja kesana-sini, cerita yang bukan-bukan,
cerita palsu yang tiada pangkalnya,
wujudlah fitnah.


Cliche: lebih baik berdiam diri tanpa berkata apa-apa
 
 
Tapi sampai bila?
Syurga sendiri dianggap neraka jahanam, takut.
Di ketika orang lain sedang bersorak kegembiraan, enjoy tiada kesudahan,
kita menarik selimut, menyorok dibelakang pintu.
Jelas terpancar, satu senyuman ciptaan,
tiada sinar, kuat mengatakan itu semua palsu,
propaganda.
 
 
Payah. Menjadi jambatan antara dua dunia yang saling
 berlawanan.
Menyorok erat rahsia yang sebenarnya boleh menjelaskan segalanya.
Tetapi apakan daya, apabila sudah busuk, maka busuklah segalanya, 
sudah tidak berdaya melakukan apa-apa,
kau dan aku, jauh berenggang.
Merasakan sudah tiada daya untuk dibaiki, 
terus lenyap begitu sahaja kah?


hanya Dia yang maha mengetahui
 
adamaya___


 
 



LIKE LA!:P

Wednesday 27 July 2011



Perkara biasa, normal dan menyengat



Perasaan terlalu ingin tahu, terlalu ambil berat seolah-olah menambah lagi permasalahan, 
memberi lagi tekanan, mengkusutkan lagi keadaan. 
Tidak semua yang merasai, memahami, dan menilai perkara ini benar-benar 
ada disekeliling, ibarat racun perhubungan. Lain perasaan, lain pemikiran, lain tindakbalasnya. 
Mengapa perlu menggembar-gemburkan, kecoh apabila semut beranak? 

Itukah perkara yang dianggap sangat penting?
 Masih ada yang gagal menilai perkara yang mana lebih penting, malah yang busuk juga diutamakan. 
Puting, bantal busuk, permainan sudah lama ditinggalkan. 
Adakah sangat sukar untuk hijrah daripada childish kepada lebih matang?
Terlalu banyak perkara positif, yang negatif juga yang diambil.
Siapa yang bertanggungjawab?
Penat melayan kerenah persis seorang budak kecil yang
comot, busuk dan berperangai sememangnya keanak-anakan.

Apakah yang diharapkan, diminta?
Adakah perhatian yang lebih mantap menjadi sangapan?
Menjual kekhilafan sesaat seseorang demi mendapat manfaat sendiri.
Akan wujud satu drama dimana penonton hanya melayan separuh jalan cerita,
maka wujudlah pendapat yang berlainan antara penonton yang sama ada menonton
kedua-dua bahagian atau hanya melayan bahagian yang 
dianggap tidak enak, ouh neraca dunia.

Diam, senyap, tertunduk bukanlah satu tanda kekalahan, yang sudah
mengangkat bendera putih bersih ke udara. Adalah bahlul jika peluru yang sudah 
penuh langsung tidak digunakan untuk melawan serangan keris.
Namun apabila timbul sesuatu perasaan terlalu ingin menjaga satu 
perhubungan yang sudah terjalin sekian lama, 
perang dunia ke-100 pun boleh dibatalkan serta-merta.

Penilaian terhadap sesuatu perkara boleh berubah-ubah,
melalui bukti-bukti kukuh yang boleh diterima pakai, diolah, dikaji untuk 
mengelakkan kekeliruan berpanjangan.
Tetapi kenapa ada yang masih tidak mahu kebenaran itu?
Sangup terseksa ibarat seksaan di syurga sendiri?
Jalan dibina untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain,
sama juga seperti jalan yang dicari untuk melenyapkan
ketegangan yang dihadapi.
Masih ada yang tidak percaya, setiap permasalahan ada jalannya.
Jika betul tiada jalan untuk menerangi kehidupan kembali,
maka sudah lama lah manusia di dunia ini lenyap. 

Berfikir sejenak mampu untuk kita menitiskan 
air mata yang sudah lama mahu mengalir di pipi.
Apatah lagi, beban yang ditanggung oleh jasad sendiri tanpa bantuan
dan sokongan sesiapa, dapat menggandakan bebanan itu.



Kehadiran cahaya palsu yang kononnya menjadi malaikat
untuk membantu dan berkemungkinan menyusutkan lagi keadaan namun,
sekurang-kurangnya dia tahu, 

dia bukan berseorangan;)


adamaya____

LIKE LA!:P