Monday 19 December 2011

sinetronkah hidup?

percaya atau tidak, hidup serupa sinetron yang mewujudkan watak-watak yang sangat memberi impak mantap kepada penonton sangat hampir dengan dunia sebenar. percaya atau tidak (sekali lagi), hidupku juga persis sebuah sinetron dimana aku berperanan memainkan watak yang jahat dan keji dan dicemuh apatah lagi dikutuk para penonton yang budiman kononnya. watak seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang mempunyai pelbagai rancangan dan agenda yang sangat kejam untuk dilakukan terhadap mereka-mereka yang dikatakan sebagai mangsa keadaan kononnya (sekali lagi). jika difikirkan secara logik akal, hampir seratus peratus penonton sinteron tersebut akan memilih dan memihak kepada watak si baik, lurus dan bendul itu. maka kecohlah jika seseorang itu memihak kepada watak si jahil jahat dan kejam. tidak pernahkan difikirkan mengapa situasi ini sering berlaku? jika diputarkan semula plot-plot sinetron-sinetron itu, perasankah bahawa, si watak jahat memulakan ancaman-ancaman tersebut sejurus watak si baik budi pekerti memainkan scene mereka. sebelum si watak malaikat itu memunculkan diri mereka, sepertinya watak shaiton sebenarnya hanya manusia normal yang tidak mempunyai niat-niat kejam di hati dan kepala lutut mereka. namun, (!) setelah si watak baik menggelusur masuk ke sinetron sambil menari-nari seperti di dalam video klip OST Nada Cinta, semua keadaan menjadi porak peranda setelah cowok-cowok ganteng menyedari bahawa kecantikan dan keperibadian si watak baik adalah lebih mulia daripada cewek yang dia telah miliki. menyedari hakikat itu, cewek yang sebenarnya sudah memiliki cowok ganteng itu sepertinya tersentap dengan keadaan itu yang telah mengubah norma kehidupan pasangannya itu.




'waduh brengset kamu ya!'





 ini lah antara dialog-dialog yang selalu diungkapkan oleh si perempuan itu. lantas, segala hormon-hormon kejahatan tiba-tiba meningkat dengan tinggi parasnya. dan disinilah bermula plot-plot sinetron yang sebenar. jika dilihat dari sudut yang lain, adakah si watak jahat ini benar-benar jahat sejak azali? tidak bukan. mereka hanya tersentap daripada perubahan yang berlaku disekelilingnya. dan jika dilihat lebih dalam, mereka iaitu si watak jahat kejam keji ini lah yang menjadi mangsa keadaan tersebut. jika tidak wujud watak yang baik, mereka tidak akan berubah menjadi shaiton yang menjadikan keadaan lebih teruk seperti ditimpa tsunami. dan justeru, para penonton tidak sama sekali memihak kepada si watak dajal kerana mereka kononnya telah membuat para penonton kecewa dengan sikap mereka di dalam sinetron itu. jadi dimana keadilannya?

mari kita kaitkan keadaan ini dengan dunia realiti sebenar. mereka yang melakukan kezaliman bukanlah bermaksud mereka memang zalim sejak azali. seperti kata-kata yang dipetik oleh mat salih yang sudah ditukar kepada bahasa rasmi Malaysia iaitu, janganlah menghakimi sesuatu daripada kulit mereka. kita sepatotnya perlu mengkaji juga isi-isi mereka supaya lebih memahami apa yang terpahat dan terbuku dihati mereka. kezaliman dan kejahatan sememangnya perlu dielakkan sekeras-kerasnya tetapi disebalik perlakuan itu, haruslah ada sebabnya bukan? tidak perlu menuduh dan mengutuk malah mereka perlukan bimbingan dan perhatian yang lebih daripada yang tersayang. jahat tidak perlu dibalas dengan kejahatan tetapi inshaAllah kebaikan boleh menutup kejahatan

wallahualam


adamaya___
LIKE LA!:P

No comments:

Post a Comment