Friday 24 December 2010

siapakah aku?

seharusnya masa depan difikirkan, dirancang, dibuat sendiri dengan penuh teliti dan rapi. hak sendiri, hak masing-masing, untuk memilih kehidupan. manusia bukan lah sebuah komputer yang perlu diprogramkan untuk memastikan ianya terus berfungsi baik. hak sendiri, bebas memikirkan perjalanan hidup bergantung kepada tahap pemikiran masing-masing. jika tinggi tahap maka tinggi la matlamat hidup dan sebaliknya. ya betul, pendapat, komen sangat diperlukan namun diri sendiri yang lebih berhak memberikan kata putus, bukannya orang lain. masa depan diri sendiri maka diri sendiri lah yang perlu memilih, melalui dan seterusnya menanggung, bukannya orang lain!

jadi apakah motifnya? sentiasa mengawasi kononnya mengambil berat haktuihhh!
  hey! you was young too! and you should understand me!

lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata. sampai bila? hak seseorang itu untuk membela diri adalah tidak terbatas sama sekali. jadi kenapa perlu duduk tertunduk mendengar leteran 'membina' daripada orang lain, orang yang tidak sepatutnya berbuat demikian. lihat lah cermin dan cerminlah diri kamu sedalam-dalamnya sebelum datang melutut di hadapan aku memberi nasihat. nasihat supaya aku menjadi lebih baik yang kononnya sekarang ini aku lah penjahat utama yang diburu di Malaysia. 

ahh. kata-kata tidak pernah cukup untuk mewakilkan hati dan perasaan yang tidak nampak dengan pandangan mata. aku yakin jika hati dan perasaan mampu untuk berkata-kata nescaya huru-hara lah kehidupan ini. mana tidaknya, bukan semua orang sangat sopan ketika berbicara tanpa beringat bahawa orang lain juga punya perasaan. berjaya dan sombong atau tidak berjaya dan sombong, tidak layak untuk berada di dalam masyarakat. 
hey hell better you go and live in Mars!



adamaya___




LIKE LA!:P

Wednesday 22 December 2010


alhamdulillah aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga umur ku mencecah 18 ini. haha. no more underage. no more u can't do this u can't do that and now i'm free HAHA!;p

iyolatuh. anyway thanx for all yang wish for my birthday. haha. aku taw ada yang was really excited to wait detik 12 mlm semata-mata nak wish especially my besties la and not forget to my sayang for the wish, entri and ___
this suprise!hehe thanx a lot sayang. delivered this morning on my birthday ouh so sweeeeeeeeet sayang!
thannnnnnnxxxxxxxxxxx mmmuahhhhh!

white oakley sunglasses! really like it!



and insyaAllah i'll make it earlier than 30;) amin

adamaya___



LIKE LA!:P

Monday 20 December 2010

selamatjalantahun2010ouhmyworstyear:'(

masa untuk membuka buku baru, nafas baru, episod baru, lembaran baru ah lupakan saja kisah lalu, kisah sedih, kisah duka dan segala kekhilafan yang telah dilakukan. bukan semuanya kehendak tetapi itulah takdir. takdir yang mungkin menyedarkan kita agar tidak mudah lupa diri, sombong, angkuh dan semua perkara negatif yang mudah untuk hinggap di jasad yang lemah ini. yang pasti, segala yang berlaku ada hikmah tersendiri. terpulang kepada diri sendiri bagaimana untuk menerima dan menghadapi ujian-ujian itu dan juga menguji kematangan seseorang menghadapi situasi dan saat gentir itu. huh. mengeluh tidak cukup untuk menceritakan apa yang terpendam dihati, apakah perasaan, apakah derita, apakah difikaran setiap kali mengenang kisah itu. semua pandai dan mudah berkata-kata, 'jangan dilayan perasaan itu kelak hati makin gelisah'. kawan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. derita dirasai dan dapat dikongsi tetapi itu tidak cukup untuk merasakan sendiri apakah dihati. apakah yang dirasai. 

                                                   
                                                                                                                         adamaya___
LIKE LA!:P