Sunday 31 July 2011

disaat mereka kembali tenang, aku tumpang sama


Bukan semua perkara boleh dikongsi sesuka hati, secara terbuka.
Jarak berjuta batu sekalipun, deria boleh merasai saat kemanisan,
kebahagiaan dan kepuasan itu.
Doa diiring, mengaminkan yang baik-baik sahaja,
berkekalan sampai bila-bila,
seperti dahulu, mahupun lebih baik moganya.

Siapa sangka, berkat Ramadhan yang dirai,
menjadi titik putih yang akan menerangi kembali,
kegelapan yang telah terjadi.

salam ramadhan al-mubarak


adamaya__
LIKE LA!:P

Saturday 30 July 2011

palsu

Sungguh mudah menzahirkan hipokrit dalam diri berbanding
kejujuran yang nyata dalam mengejar kepuasan berganda.
Hadirnya titik hitam yang akhirnya menghitamkan seluruh jasad seterusnya 
menggelapkan setiap pelosok kebahagiaan sejati
dan mengundang tragedi negatif, dimana setiap orang
cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat namun,
segalanya tidak mustahil di dunia fana ini.



Mustahilkah tidak, syaitan durjana bertopengkan imam muda 
berusaha sedaya upaya mengekalkan kredibiliti
dan kepentingan, menepis segala duri yang tajam di jalan yang
dilalui.
Kejayaan mengawal sesuatu keadaan dengan 
langkah membutakan mata akal dan mata hati
mangsa-mangsa keadaan dengan mudah 
adalah satu kepuasan yang tak terhingga hebatnya.
Maka tidak hairanlah dengan mudahnya
mereka hidup dengan gah, dikelilingi askar-askar
terlatih, dimana pada awalnya adalah mangsa-mangsanya.

ikhlaskanlah hati dalam persahabatan

adamaya__



LIKE LA!:P

Thursday 28 July 2011

hati orang berduka, hatiku turut sama


Susah untuk memuaskan hati semua, menenangkan keadaan, memberi
kata puitis yang dianggap motivasi kepada mereka,
cuba menipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain,
walaupun sekejap, demi perhubungan yang berpanjangan
dan berkekalan.
Tidak salah berusaha, mencuba, menghabiskan segala keringat,
berfikir hingga ke dasar otak, semata-mata untuk mengorek
satu petua kebahagiaan abadi.


Segala idea dan taktik yang diasah, adakah untuk menjatuhkan pihak disana?
Bukan! Tidak sama sekali, namun untuk memberi keuntungan 
kepada dua-dua pihak,menyediakan kebahagiaan
akhirnya.
 
 
Lain orang, lain akal, lain fikiran, berbeza pendapatnya,
dan tidak semua memikirkan apa yang ada di kepala kita sendiri,
apakah rasionalnya.
Susah dan sukar untuk diperjelas, maka timbullah syak wasangka,
pemikiran negatif,
dan peperangan bermula.


Persepsi yang buruk akan terus dipandang buruk,
dihina, dikeji seperti anjing hodoh kencing berdiri.
Dimana keadilannya? 
Adakah yang menghina merasai diri sudah begitu perfect sekali?
Sehingga menjaja kesana-sini, cerita yang bukan-bukan,
cerita palsu yang tiada pangkalnya,
wujudlah fitnah.


Cliche: lebih baik berdiam diri tanpa berkata apa-apa
 
 
Tapi sampai bila?
Syurga sendiri dianggap neraka jahanam, takut.
Di ketika orang lain sedang bersorak kegembiraan, enjoy tiada kesudahan,
kita menarik selimut, menyorok dibelakang pintu.
Jelas terpancar, satu senyuman ciptaan,
tiada sinar, kuat mengatakan itu semua palsu,
propaganda.
 
 
Payah. Menjadi jambatan antara dua dunia yang saling
 berlawanan.
Menyorok erat rahsia yang sebenarnya boleh menjelaskan segalanya.
Tetapi apakan daya, apabila sudah busuk, maka busuklah segalanya, 
sudah tidak berdaya melakukan apa-apa,
kau dan aku, jauh berenggang.
Merasakan sudah tiada daya untuk dibaiki, 
terus lenyap begitu sahaja kah?


hanya Dia yang maha mengetahui
 
adamaya___


 
 



LIKE LA!:P

Wednesday 27 July 2011



Perkara biasa, normal dan menyengat



Perasaan terlalu ingin tahu, terlalu ambil berat seolah-olah menambah lagi permasalahan, 
memberi lagi tekanan, mengkusutkan lagi keadaan. 
Tidak semua yang merasai, memahami, dan menilai perkara ini benar-benar 
ada disekeliling, ibarat racun perhubungan. Lain perasaan, lain pemikiran, lain tindakbalasnya. 
Mengapa perlu menggembar-gemburkan, kecoh apabila semut beranak? 

Itukah perkara yang dianggap sangat penting?
 Masih ada yang gagal menilai perkara yang mana lebih penting, malah yang busuk juga diutamakan. 
Puting, bantal busuk, permainan sudah lama ditinggalkan. 
Adakah sangat sukar untuk hijrah daripada childish kepada lebih matang?
Terlalu banyak perkara positif, yang negatif juga yang diambil.
Siapa yang bertanggungjawab?
Penat melayan kerenah persis seorang budak kecil yang
comot, busuk dan berperangai sememangnya keanak-anakan.

Apakah yang diharapkan, diminta?
Adakah perhatian yang lebih mantap menjadi sangapan?
Menjual kekhilafan sesaat seseorang demi mendapat manfaat sendiri.
Akan wujud satu drama dimana penonton hanya melayan separuh jalan cerita,
maka wujudlah pendapat yang berlainan antara penonton yang sama ada menonton
kedua-dua bahagian atau hanya melayan bahagian yang 
dianggap tidak enak, ouh neraca dunia.

Diam, senyap, tertunduk bukanlah satu tanda kekalahan, yang sudah
mengangkat bendera putih bersih ke udara. Adalah bahlul jika peluru yang sudah 
penuh langsung tidak digunakan untuk melawan serangan keris.
Namun apabila timbul sesuatu perasaan terlalu ingin menjaga satu 
perhubungan yang sudah terjalin sekian lama, 
perang dunia ke-100 pun boleh dibatalkan serta-merta.

Penilaian terhadap sesuatu perkara boleh berubah-ubah,
melalui bukti-bukti kukuh yang boleh diterima pakai, diolah, dikaji untuk 
mengelakkan kekeliruan berpanjangan.
Tetapi kenapa ada yang masih tidak mahu kebenaran itu?
Sangup terseksa ibarat seksaan di syurga sendiri?
Jalan dibina untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain,
sama juga seperti jalan yang dicari untuk melenyapkan
ketegangan yang dihadapi.
Masih ada yang tidak percaya, setiap permasalahan ada jalannya.
Jika betul tiada jalan untuk menerangi kehidupan kembali,
maka sudah lama lah manusia di dunia ini lenyap. 

Berfikir sejenak mampu untuk kita menitiskan 
air mata yang sudah lama mahu mengalir di pipi.
Apatah lagi, beban yang ditanggung oleh jasad sendiri tanpa bantuan
dan sokongan sesiapa, dapat menggandakan bebanan itu.



Kehadiran cahaya palsu yang kononnya menjadi malaikat
untuk membantu dan berkemungkinan menyusutkan lagi keadaan namun,
sekurang-kurangnya dia tahu, 

dia bukan berseorangan;)


adamaya____

LIKE LA!:P