Thursday 28 July 2011

hati orang berduka, hatiku turut sama


Susah untuk memuaskan hati semua, menenangkan keadaan, memberi
kata puitis yang dianggap motivasi kepada mereka,
cuba menipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain,
walaupun sekejap, demi perhubungan yang berpanjangan
dan berkekalan.
Tidak salah berusaha, mencuba, menghabiskan segala keringat,
berfikir hingga ke dasar otak, semata-mata untuk mengorek
satu petua kebahagiaan abadi.


Segala idea dan taktik yang diasah, adakah untuk menjatuhkan pihak disana?
Bukan! Tidak sama sekali, namun untuk memberi keuntungan 
kepada dua-dua pihak,menyediakan kebahagiaan
akhirnya.
 
 
Lain orang, lain akal, lain fikiran, berbeza pendapatnya,
dan tidak semua memikirkan apa yang ada di kepala kita sendiri,
apakah rasionalnya.
Susah dan sukar untuk diperjelas, maka timbullah syak wasangka,
pemikiran negatif,
dan peperangan bermula.


Persepsi yang buruk akan terus dipandang buruk,
dihina, dikeji seperti anjing hodoh kencing berdiri.
Dimana keadilannya? 
Adakah yang menghina merasai diri sudah begitu perfect sekali?
Sehingga menjaja kesana-sini, cerita yang bukan-bukan,
cerita palsu yang tiada pangkalnya,
wujudlah fitnah.


Cliche: lebih baik berdiam diri tanpa berkata apa-apa
 
 
Tapi sampai bila?
Syurga sendiri dianggap neraka jahanam, takut.
Di ketika orang lain sedang bersorak kegembiraan, enjoy tiada kesudahan,
kita menarik selimut, menyorok dibelakang pintu.
Jelas terpancar, satu senyuman ciptaan,
tiada sinar, kuat mengatakan itu semua palsu,
propaganda.
 
 
Payah. Menjadi jambatan antara dua dunia yang saling
 berlawanan.
Menyorok erat rahsia yang sebenarnya boleh menjelaskan segalanya.
Tetapi apakan daya, apabila sudah busuk, maka busuklah segalanya, 
sudah tidak berdaya melakukan apa-apa,
kau dan aku, jauh berenggang.
Merasakan sudah tiada daya untuk dibaiki, 
terus lenyap begitu sahaja kah?


hanya Dia yang maha mengetahui
 
adamaya___


 
 



LIKE LA!:P

No comments:

Post a Comment