Friday 24 December 2010

siapakah aku?

seharusnya masa depan difikirkan, dirancang, dibuat sendiri dengan penuh teliti dan rapi. hak sendiri, hak masing-masing, untuk memilih kehidupan. manusia bukan lah sebuah komputer yang perlu diprogramkan untuk memastikan ianya terus berfungsi baik. hak sendiri, bebas memikirkan perjalanan hidup bergantung kepada tahap pemikiran masing-masing. jika tinggi tahap maka tinggi la matlamat hidup dan sebaliknya. ya betul, pendapat, komen sangat diperlukan namun diri sendiri yang lebih berhak memberikan kata putus, bukannya orang lain. masa depan diri sendiri maka diri sendiri lah yang perlu memilih, melalui dan seterusnya menanggung, bukannya orang lain!

jadi apakah motifnya? sentiasa mengawasi kononnya mengambil berat haktuihhh!
  hey! you was young too! and you should understand me!

lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata. sampai bila? hak seseorang itu untuk membela diri adalah tidak terbatas sama sekali. jadi kenapa perlu duduk tertunduk mendengar leteran 'membina' daripada orang lain, orang yang tidak sepatutnya berbuat demikian. lihat lah cermin dan cerminlah diri kamu sedalam-dalamnya sebelum datang melutut di hadapan aku memberi nasihat. nasihat supaya aku menjadi lebih baik yang kononnya sekarang ini aku lah penjahat utama yang diburu di Malaysia. 

ahh. kata-kata tidak pernah cukup untuk mewakilkan hati dan perasaan yang tidak nampak dengan pandangan mata. aku yakin jika hati dan perasaan mampu untuk berkata-kata nescaya huru-hara lah kehidupan ini. mana tidaknya, bukan semua orang sangat sopan ketika berbicara tanpa beringat bahawa orang lain juga punya perasaan. berjaya dan sombong atau tidak berjaya dan sombong, tidak layak untuk berada di dalam masyarakat. 
hey hell better you go and live in Mars!



adamaya___




LIKE LA!:P

No comments:

Post a Comment